Kursus Pembinaan Instrumen Pengukuran

Kursus Pembinaan Instrumen Pengukuran.

(Konsep pembaris dan asas konstruk.)

Sebelum anda masuk kursus Rasch atau mana-mana kursus analisis statistik pengukuran, anda wajib masuk kursus ini dahulu. Walaupun apa yang dibawakan oleh kursus ini adalah kursus asas, tetapi berdasarkan pengalaman NT, ramai pelajar yang tiada “bahagian asas” ini yang sebenarnya paling penting sebelum membina instrumen pengukuran sama ada ujian atau soal selidik.

Jom berkursus bersama NT.

 

 

Kursus Kualitatif Grounded Theory

Perkongsian NT berdasarkan pengalaman menjalankan kajian kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes dan Grounded Theory.

Tentatif Kursus

Pagi

– Pengenalan kepada Thesis Mapping as Research Framework (TMRF)
– Pembinaan objektif-objektif kajian
– Pembinaan protokol temu bual

Petang

– Memahami kajian Grounded Theory Methodology (GTM) sebagai kajian tentang konsep
– Memahami kod-kod deduktif dalam konteks kajian GTM
– Contoh mendapatkan analisis open code, axial code dan selective code berdasarkan kisah benar yang difilemkan.
– Membuat kesimpulan kajian.

 

 

Kursus Penyelidikan Pembinaan Modul

PENYELIDIKAN PEMBINAAN MODUL

“Penyelidikan pembinaan modul” dan “pembinaan modul” adalah dua perkara yang berbeza. Ramai pelajar phd keliru akan perbezaan kedua-duanya. Atas kesedaran untuk membantu lebih ramai rakan-rakan Phd dalam bidang sains sosial memahami bagaimana melakukan penyelidikan pembinaan modul, maka Delailant menganjurkan perkongsian dalam bentuk kursus yang tersusun dan mudah diikuti.

Perkongsian paling utama yang akan diberikan ialah bagaimana melakukan penyelidikan secara sistematik dari sudut kajian lapangan dan juga penulisan tesis. Sesungguhnya, dalam penulisan tesis terdapatnya “theoretical explanation” tentang bagaimana setiap bab harus ditulis secara “tally” di samping berupaya menggambarkan keseluruhan proses kajian. Kursus penyelidikan pembinaan modul yang dibawakan ini juga akan mengupas rahsia TMRF yang akan menjadi ringkasan kepada sebuah penulisan tesis yang lengkap dan mudah difahami.

Siapa yang boleh menyertai kursus ini?

Jika anda menjalankan penyelidikan dalam bidang sains sosial, khususnya pendidikan, anda digalakkan untuk hadir kursus ini. Kursus ini tidak disasarkan kepada mereka yang menjalankan penyelidikan pembinaan modul sahaja, malah mereka yang menggunakan pendekatan “mix method” juga berbaloi menyertai kursus ini.

Selain itu, jika anda masih tercari-cari tajuk kajian dan masih tidak tahu hala tuju kajian anda, menyertai kursus ini amat membantu anda dalam menentukan strategi penyelidikan anda. Pengetahuan dan kemahiran yang dikongsikan melalui kursus ini akan membantu anda melakukan kajian lebih cepat kerana anda akan menguasai perkara-perkara asas seperti;

1. Bagaimana membina tujuan kajian;
2. Bagaimana membina kerangka kajian yang sistematik dan strategik.
3. Bagaimana membina objektif-objektif kajian;
4. Bagaimana membina perenggan pernyataan masalah;
5. Bagaimana menulis bab 1, bab 2, bab 3, bab 4 dan bab 5 secara “tally”
6. Bagaimana harus bertindak (melakukan kajian lapangan)
7. Bagaimana menentukan model reka bentuk pengajaran yang sesuai dengan konteks kajian masing-masing.
8. Mengetahui keperluan pembinaan modul yang melibatkan elemen-elemen asas seperti kajian awal, keperluan modul, pengujian dan penilaian.
9. Mengetahui bagaimana strategi pembinaan modul perlu disusun menjadi objektif-objektif kajian.