Garisan Penamat

Sebab terlalu sibuk dgn kerja-kerja di pejabat dan urusan keluarga, saya tak dapat nak update blog NT untuk sekian lama. Post di FB page pun pendek-pendek aje. Tu pun sekali-sekala naww.

Tapi, saya terharu  sebab ada banyak juga PM tanda masih ada yang ingat akan diri saya ni. Antaranya ada yang tanya bila saya nak buat workshop PhD lagi. Saya kata insyaAllah bila berkelapangan nanti, say pasti akan buat dan akan diwar-warkan di blog ni atau di FB page.

Tapi, nampaknya tahun ni memang kecundang, sebab saya langsung takde masa free untuk berbengkel.

Ada juga yg PM tanya, bila nak keluar buku since Phd dah selesai? Alahai, susah saya nak jawab. Sebenarnya dah ada satu buku on da way, dan sekarang memang tengah menulis buku kedua. Tapi, tulah kadang-kadang mood menulis buku tu ke laut. Lebih-lebih lagi bila sibuk kat opis.

Masa konvo hari tu pun nyaris-nyaris saya terlupa. Nasib baiklah kerja kat UKM. Sedarlah jugak bila angin musim konvo mula datang, baru teringat, eh.. aku ke yg konvo tahun ni. Huhu..

Lepas selesai viva, dekat setahun juga saya tunggu konvo. Sebab say viva sebulan sebelum konvo tahun lepas. So, tak sempat nak buat pembetulan tesis dalam tempoh 2 minggu kot kalau nak konvo tahun tu jugak. Penyelia pun tak kasi gopoh-gapah buat pembetulan. Buat aje ikut kehendak pemeriksa slow and steady, katanya. saya pulak jenis yang dengar kata. Yelah, my SV is my guru. Kalau dia tak ajar saya pasal selok-belok dunia academic research ni, haram saya tak tau apa. Tanpa guru, siapalah kita.

Alhamdulillah, sekarang semua dah selesai. Namun, proses pembelajaran dan perkongsian takkan pernah selesai. Saya akan kongsikan pengalaman menjalankan kajian serta hasil-hasil penyelidikan saya dalam bidang Pendidikan Komputer ni dari masa ke semasa, insyaAllah. Doakan agar semuanya dipermudahkan ya, terima kasih ☺️.