Penanda Wacana dalam Penulisan Tesis

Apabila menulis tesis, jangan dilupakan fungsi dan penggunaan penanda wacana. Penggunaan penanda wacana yang betul menunjukkan kesinambungan antara ayat dan perenggan.

Penanda permulaan karangan

1. Pada era globalisasi ini,

2. Pada zaman pascakemerdekaan ini,

3. Dalam meniti arus kemodenan ini,

4. Dewasa ini,

5. Pada masa ini,

6. Kini,

7. Dalam meniti kehidupan pada marcapada,

8. Sejak sedekad yang lalu,

9. Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,

10. Kebelakangan ini,

11. Sejak akhir-akhir ini,

 

Penanda memulakan isi baharu

1. Selain itu,

2. Di samping itu,

3. Sementara itu,

4. Lebih-lebih lagi,

5. Dalam pada itu,

6. Lain daripada itu,

7. Pada waktu yang sama,

8. Dalam pada itu,

9. Seterusnya,

 

Penanda huraian isi karangan

1. Hal ini demikian kerana

2. Hal ini berlaku kerana

3. Hal ini terjadi kerana

4. Hal ini disebabkan oleh

5. Hal ini wujud akibat daripada

6. Hal ini bersangkut-paut dengan

7. Hal ini berpunca daripada

8. Hal ini tercetus apabila

 

Penanda menghuraikan contoh

1. Hal ini mengakibatkan

2. Hal ini menyebabkan

3. Oleh itu,

4. Maka,

5. Oleh hal yang demikian,

6. Oleh sebab itu,

7. Jelaslah bahawa

8. Justifikasinya,

 

Penanda memberi contoh dalam karangan

1. Misalnya,

2. Contohnya,

3. Sebagai contoh,

4. Tamsilnya,

5. Sebagaimana yang kita sedia maklum

6. Antaranya adalah seperti

 

Penanda menutup isi

1. Kesannya,

2. Natijahnya,

3. Akibatnya,

4. Akhirnya,

5. Dengan itu,

6. Dengan berbuat demikian

7. Dengan keadaan sedemikian,

 

Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

1. justeru

2. malah

3. malahan

4. tambahan pula

5. sementelahan

6. sekali gus

7. di samping

 

Penanda untuk memulakan perenggan penutup

1. Kesimpulannya,

2. Intihanya,

3. Secara tuntas,

4. Konklusinya,

5. Sebagai penutup wacana,

6. Sebagai penghias bicara akhir

7. Sebelum mengakhiri wacana ini,

8. Secara keseluruhan,

9. Secara total,

 

Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

1. Walau bagaimanapun,

2. Walakin itu,

3. Namun demikian,

4. Daripada perspektif yang berbeza,

5. Jika dilihat dari sudut lain,

6. Dengan kata lain,

7. Kontradiksinya,

8. Di sebalik itu,

9. Dalam pada itu,

10. Dari sudut lain,