Kesilapan biasa yang dilakukan oleh calon-calon Phd semasa membina perenggan.
Hampir semua ayat nak letak citation. Takut nanti pemeriksa pertikai ayat yang tiada citation.
Jadi, di mana ayat yang menggambarkan pendirian penyelidik itu sendiri?
Sebenarnya standard penulisan akademik mestilah mematuhi hukum-hukum pembinaan perenggan seperti berikut;
Dimulai dengan ayat topik. Disokong dengan ayat-ayat fakta. Diakhiri dengan ayat kesimpulan.
Ayat topik ni ialah ayat yang mengutarakan idea utama dalam sebuah perenggan. Ayat fakta pula ayat-ayat yang menyokong idea utama yang dinyatakan dalam ayat topik. Manakala ayat kesimpulan pula menyimpulkan bahawa idea utama yang diutarakan dalam ayat topik adalah bernas. Maknanya, ayat kesimpulan mestilah setara dengan ayat topik.
Kaedah penulisan perenggan ni kita dah belajar sejak sekolah rendah dan menengah lagi. Cuma, bezanya, di peringkat sekolah rendah dan menengah, ayat-ayat fakta yang menyokong kepada ayat topik tak perlu citation. Di peringkat Phd, penulisan akademik memerlukan citation bagi ayat-ayat fakta yang menyokong ayat topik. Ayat topik dan ayat kesimpulan (akhir) pula tak perlu sebarang citation. Boleh rujuk gambar di bawah ni. Selamat menulis.
Credit to my Phd Supervisor, Dr Siti Fatimah Mohd Yassin yang mengajarkan semua ni padaku.