Rakan-rakan, percayalah bahawa rezeki setiap daripada kita telah ditentukan.
Saya ingin mencoretkan tentang untung nasib bekerja makan gaji. Ada orang, sentiasa mudah urusannya.. apa sahaja yg dilakukan sentiasa mendapat kepercayaan daripada boss..
Ada orang, buatlah apapun yang terbaik yang boleh dilakukan untuk organisasi tempatnya bekerja, tetapi tiada siapa pun yang “nampak” kelebihan dan pengorbanan yang telah dilakukan.
Ada orang, rezekinya sangat lapang dalam kerjaya, senang naik pangkat. Sentiasa menjadi pekerja kegemaran boss. Namun, tak kurangnya ada yang sebaliknya.. buatlah macam mana bersungguh pun untuk kepentingan organisasi tempatnya bekerja.. berkorban masa, tenaga dan kadang-kala duit poket juga.. tapi apakan daya.. keikhlasan bukan sesuatu yg boleh dilihat. Hanya Allah yang mampu menilai keikhlasan kita, malah adilnya penilaian itu juga hanya dari Allah.. biarlah manusia tidak adil menilai kita. Yang penting kita tahu, kita dah buat yang terbaik untuk boss, untuk organisasi dan untuk para pelanggan.
Rakan-rakan,
Walau apa keadaan sekalipun, bagaimanapun kita dilayan ketika bekerja.. sentiasalah berlapang dada. Berhenti kerja bukanlah penyelesaian kepada masalah dalam keadaan ekonomi negara yang semakin membimbangkan. Mungkin dalam kerjaya, rezeki kita suam-suam kuku, tetapi bila kita buat “comeback” sambung belajar.. mungkin rezeki kita lapang di situ. Mendapat penyelia yang baik, yang suka membimbing dan sentiasa membantu. Perjalanan pengajian kita juga lancar dan kita mudah menguasai ilmu-ilmu penyelidikan.. siapa tahu. Baik atau buruk semuanya bergantung kepada redha Allah pada kita.
Sentiasalah berlapang dada.. andai kita disayangi orang, hargailah.. andai kita dibenci orang, terimalah kebencian itu sebagai suatu ujian terhadap kematangan emosi kita.
Kepada boss-boss di luar sana, jadilah boss yang adil, walaupun manusia memang tidak pernah adil. Namun, sesungguhnya berusahalah untuk menjadi adil terhadap pekerja-pekerja di bawah anda. Hari ini kita di atas, esok lusa.. siapa tahu. Waktu engkau turun nanti, orang yang engkau tidak pernah pandang, barangkali akan membantu menurunkan engkau ke “liang lahad”.