Mengapa mesti ANOVA?

Untuk menentukan perbezaan min skor yang signifikan bagi pencapaian Matematik pelajar sebelum dan selepas diberikan intervensi, analisis deskriptif sahaja tidak mencukupi kerana kelemahan analisis deskriptif adalah tidak mengambil kira kemungkinan terdapatnya faktor-faktor luaran yang sepatutnya tidak dikira atau dikenali juga sebagai pemboleh ubah perancu (confounding variables) semasa analisis dilakukan yang boleh mempengaruhi dapatan. Manakala analisis ANOVA pula adalah analisis variance yang boleh menyingkirkan faktor-faktor luaran tersebut secara statistik. Pernyataan akademik ketika melaporkan analisis ANOVA selalunya adalah seperti berikut;

Perbezaan min skor bagi pencapaian Matematik adalah signifikan dengan nilai p kurang daripada 0.05 selepas pelajar diberikan intervensi.

Maka, untuk menentukan perbezaan min skor yang signifikan adalah lebih tepat menggunakan analisis ANOVA berbanding analisis deskriptif.