TIPS MEMBERI JAWAPAN JUSTIFIKASI KETIKA MEMBENTANG / PRE VIVA

UNTUK PESERTA2 KURSUS PENYELIDIKAN PEMBINAAN MODUL
1. Rakan2 yang membuat kajian penyelidikan pembinaan modul, anda maklum bahawa kajian anda adalah menggunakan pendekatan “triangulasi”.
2. Penyelidik luar negara ada juga menyebut kajian yang menggunakan pendekatan jenis ini sebagai “research by stage”.
3. Anda harus menguasai kesemua stage kajian anda (by research objectives)
4. Semasa membentang kajian, sekiranya anda ditanya soalan-soalan seperti berikut, saya berikan tips-tips berikut yang boleh digunakan sebagai justifikasi.

Soalan : Kenapa banyak sangat kajian sebelum pembinaan modul?
Jawapan: Kajian2 yg dilakukan sebelum pembinaan modul adalah kajian2 awal untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat untuk digunakan dalam pembinaan modul.

Soalan: Kenapa banyak sangat analisis data (merujuk analisis di peringkat pembinaan modul). Lepas tu nak buat eksperimen pulak.. kenapa tak buat je terus eksperimen masa awk buat rasch? Guna Rasch pun dah boleh buat regression, kenapa nak buat regression lagi pakai spss.

Jawapan: Analisis statistik Rasch yang dilakukan adalah bertujuan sebagai analisis kesahan konstruk untuk menghasilkan instrumen yang sah dan proses tersebut dijalankan semasa kajian berada di stage pembinaan modul. Tiada hipotesis untuk menentukan hubungan antara parameter kajian semasa di stage kajian tersebut kerana pembinaan instrumen dan proses kesahan konstruk bagi setiap instrumen dibuat secara berasingan. Manakala eksperimen yang dijalankan pula adalah stage terakhir kajian iaitu bertujuan penilaian setelah modul dan instrumen pentaksiran siap dibina. Setting kajian juga lain dari kajian yg dijalankan semasa pembinaan. Peserta kajian juga berbeza… dan added valuenya adalah proses kawalan eksperimen dilakukan pada peringkat penilaian modul untuk memastikan tiada faktor2 lain yg boleh mengganggu penilaian keberkesanan modul melainkan parameter2 kajian yang terlibat sahaja.

Soalan: Nampak macam kamu guna SPSS ajer.. orang dah maju dengan third generation software tapi awak masih ketinggalan.

Jawapan: Dalam konteks kajian saya, analisis statistik yang digunakan adalah yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian dan keutamaan pemilihan analisis juga adalah merujuk kepada keupayaan mencapai objektif kajian. Oleh kerana kajian ini memfokuskan kepada pembinaan dan penilaian modul bagi menyelesaikan masalah dalam PdP (nyatakan subjek), dan penilaian modul dijalankan dengan mengambil kira kesan pembelajaran yang lebih terperinci iaitu di sepanjang proses PdP (pengukuran setiap minggu), maka wujudnya pemboleh ubah covariate (data berkategori iaitu pengukuran setiap minggu) dan ini menghasilkan data yang lebih jitu berkaitan aspek keberkesanan. Banyak perisian yang menyokong analisis dalam konteks sebegini, tetapi SPSS adalah salah satu daripadanya.