Eksperimen pelbagai bidang

Dalam bidang sains dan kejuruteraan, eksperimen yang dijalankan adalah selalunya melibatkan pemboleh ubah bebas yang dikenali sebagai faktor dan pemboleh ubah bersandar yang dikenali sebagai responses. Faktor yang diambil kira bukanlah satu tetapi banyak.

Selain itu, eksperimen yang dijalankan juga mengambil kira satu lagi variable iaitu “faktor kategori” yang mana eksperimen dijalankan bukan sekali, tetapi banyak kali dan untuk menetapkan berapa banyak kali eksperimen dijalankan perlu menggunakan formula pemfaktoran. Maksudnya, kalau kajian tersebut mempunyai 3 faktor yang nak diuji, bermakna perlu lakukan sebanyak 3 kuasa 2 = 9 kali eksperimen. Istilah mereka guna ialah trial. Kalau 8 faktor yang nak diuji, maka perlu lakukan sebanyak 8 kuasa 2 = 64 kali eksperimen.

Bidang sains dan teknologi berat pada faktor iaitu pemboleh ubah bebas yang diuji untuk mengenal pasti kesan dan akibat terhadap responses (pemboleh ubah bersandar). Selain itu, bagaimana menentukan faktor yang paling signifikan dalam memberi kesan tersebut ialah dengan menggunakan reka bentuk eksperimen Time Series. (Walaupun depa tak sebut time series – yg depa sebut ialah how many trial).

Kaedah menganalisis pula ialah sama dgn sains sosial iaitu menggunakan ANOVA untuk melihat perbezaan min skor yang signifikan.. namun, adalah lebih penting bagi mereka untuk melihat nilai varians antara kategori faktor.. bahasa mudahnya ialah nilai varians yg dibandingkan pada setiap kali eskperimen dijalankan.

Selain itu, eksperimen dalam bidang sains dan kejuruteraan turut menjelaskan sama ada wujudnya interaksi antara faktor atau tidak dan apakah formula persamaan linear (regresi) berjaya dihasilkan melalui hubungan kesan dan akibat tersebut.

Dalam kajian sains sosial pula.. faktor seringkali dikaitkan dengan mediator variable yang dihasilkan melalui intervention dan biasanya hanya ada “SATU”. Manakala responses adalah pemboleh ubah bersandar yang kita ukur sebagai kriteria keberkesanan terhadap intervensi yang telah dijalankan dan biasanya ada banyak tapi taklah banyak sangat.. dalam 3 hingga 4 saje.

Pendek kata, org kejuruteraan susah nak paham eksperimen orang sains sosial.. orang sains sosial pulak bila masuk workshop eksperimen kejuruteraan, mula2 terngaga juga lah.. sib baik takde lalat masuk mulut.

 

graf