Analisis data untuk reka bentuk eksperimen reversal series

Analisis data untuk reka bentuk eksperimen reversal series adalah sama konsep dengan analisis eksperimen yang lain iaitu menentukan sama ada terdapat perbezaan min skor yang signifikan sebelum dan selepas intervensi dilakukan. Cuma yang berbeza adalah reka bentuk eksperimen reversal series mempunyai lebih dari satu set perbezaan min skor yang ingin diketahui kerana kebiasanyaannya intervensi yang dilakukan adalah lebih dari sekali dan plot-plot min skornya diukur berulang kali. Maka, kaedah yang paling mudah untuk melakukan analisis ialah dengan menggunakan analisis Planned Contrasts atau ada juga penyelidik menyebutnya sebagai Planned Comparison. Perisian SPSS boleh menyokong analisis ini, cuma yang perlu ditentukan terlebih dahulu adalah ‘coefficient values’ bagi set-set contrast yang ingin dikenal pasti perbezaan min skornya.

Video 1 – Teori ‘coefficient values’
Video 2 – Bagaimana SPSS menyokong analisis ini.

Video 1 – https://www.youtube.com/watch?v=7aIaXe1oES8
Video 2 – https://www.youtube.com/watch?v=E42jLwhmUPM