Bila nak guna one-tail dan two-tail

 

Ada peserta kursus yang bertanya secara PM bila masa kita nak guna one-tail dan bila masa pula nak guna two tail dalam menentukan saiz kesan semasa merujuk jadual cohen.

Ok, formulanya begini.

Apabila kita menjalankan kajian eksperimen dalam sains sosial, kita merancang intervensi yang menyebabkan berlakunya hubungan sebab dan akibat. Hal ini tak sama dengan kajian dalam bidang sains tulen yang mana mereka mengkaji hubungan sebab dan akibat dari faktor-faktor semula jadi.

Dalam erti kata yang lain, kita merancang intervensi yang kita yakin bahawa terdapat hubungan yang positif antara dua pemboleh ubah. Kalau hubungan tu negatif, apa maknanya intervensi kan. Sebab intervensi ni perlu dirancang sebaik mungkin bagai kita mencipta ubat yang paling power dalam mengubati penyakit. Cuma, eksperimen masih perlu dilakukan untuk membuktikan hubungan positif tersebut yang awal-awal telah kita ramalkan (intervensi). Dalam situasi ini, kita boleh memilih untuk menggunakan hipotesis one-tail semasa membaca jadual Cohen. Bahasa mudahnya ialah kita dah tahu dua-dua pemboleh ubah memang ada hubungan, jadi kita uji guna satu arah saja (one-tail).. sebab tujuannya adalah cuma nak buktikan secara saintifik hubungan yang kita dah tahu memang wujud.

So, bila pula nak guna hipotesis two-tail?

Hipotesis two-tail kita boleh gunakan bila kita nak menguji sesuatu hubungan antara 2 pemboleh ubah yang kita sendiri tak tau sama ada hubungannya positif atau negatif. Bahasa mudahnya begitni, analisis kita untuk mengetahui adakah wujudnya hubungan antara dua pemboleh ubah.. jika arahnya negatif maknanya tak wujud hubungan.. jika positif maka wujud hubungan… maka kena lah tengok dua2 arah (two-tail) sebab tak tahu.

Kalau tulis tesis dalam BM, tulislah hipotesis satu arah (one-tail) dan hipotesis 2 arah (two-tail).

14695596_309742872726232_9075083796469850340_n

Memahami cara menentukan saiz kesan untuk mendapatkan saiz sampel

Saiz kesan yang lebih kecil adalah lebih baik daripada saiz kesan sederhana dan besar bagi sesuatu penyelidikan eksperimen, namun kebanyakan penyelidik dalam bidang sains sosial bersetuju bahawa saiz kesan sederhana adalah memadai.

Rule of thumbnya ialah, untuk mendapatkan saiz kesan yang lebih kecil, sampel yg lebih besar diperlukan.. bagi kajian eksperimen dalam bidang sains sosial yang melibatkan manusia sebagai peserta kajian, adalah mustahil untuk melakukan eksperimen ke atas “manusia” dalam kelompok yang ramai.. kerana sifat manusia itu sebagai “human error” boleh menyumbang kepada sukarnya membuat kawalan kepada proses eksperimen.

Justeru, eksperimen dengan kaedah time series atau reversal series dilihat sangat “logik” kerana melibatkan pemilihan peserta kajian yang sedikit tetapi pengukuran dilakukan berulang. Hal ini akan memudahkan untuk kajian mendapat saiz kesan sederhana atau kecil dengan power yang besar, sekurang2nya 0.7 atau 0.8 mengikut Cohen (1988).

– Saya pakai baju saiz XXL

baju

Memilih dan merancang kajian Eksperimen-Kuasi.

Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan adalah;
1. Pilih topik kajian yang melibatkan isu atau parameter yang ingin dikaji.
2. Adakah isu tersebut adalah peristiwa yang memerlukan kajian secara longitudinal, keratan rentas atau melibatkan satu satu tempoh masa?
3. Adakah pengukuran yang akan dilakukan melibatkan ujian pra-pos, atau ujian pos sahaja?
4. Adakah kajian melibatkan perbandingan kumpulan atau perbandingan antara titik pengukuran pada satu tempoh masa?
5. Apakah jangkaan yang diharapkan (hipotesis)?
6. Adakah terdapat kekeliruan yang boleh menjejaskan kesahihan dalaman kajian?
7. Bagaimana menambah baik reka bentuk kajian untuk mengurangkan masalah kekeliruan terhadap kesahihan dalaman kajian?