Garisan Penamat

Sebab terlalu sibuk dgn kerja-kerja di pejabat dan urusan keluarga, NT tak dapat nak update blog NT untuk sekian lama. Post di FB page NT pun pendek-pendek aje. Tu pun sekali-sekala naww.

Tapi, NT terharu  sebab ada banyak juga PM tanda masih ada yang ingat NT. Antaranya ada yang tanya bila NT nak buat workshop PhD lagi. NT kata insyaAllah bila NT berkelapangan nanti, NT pasti akan buat dan akan diwar-warkan di blog ni atau di FB page.

Tapi, nampaknya tahun ni memang kecundang, sebab NT langsung takde masa free untuk berbengkel.

Ada juga yg PM tanya NT, bila nak keluar buku since Phd dah selesai? Alahai, susah NT nak jawab. Sebenarnya dah ada satu buku on da way, dan sekarang NT memang tengah menulis buku kedua. Tapi, tulah kadang-kadang mood menulis buku tu ke laut. Lebih-lebih lagi bila sibuk kat opis.

Masa konvo hari tu pun nyaris-nyaris NT terlupa. Nasib baiklah kerja kat UKM. Sedarlah jugak bila angin musim konvo mula datang, baru teringat, eh.. aku ke yg konvo tahun ni. Huhu..

Lepas selesai viva, dekat setahun juga NT tunggu konvo. Sebab NT viva sebulan sebelum konvo tahun lepas. So, tak sempat nak buat pembetulan tesis dalam tempoh 2 minggu kot kalau nak konvo tahun tu jugak. Penyelia pun tak kasi NT gopoh-gapah buat pembetulan. Buat aje ikut kehendak pemeriksa slow and steady, katanya. NT pulak jenis yang dengar kata. Yelah, my SV is my guru. Kalau dia tak ajar NT pasal selok-belok dunia academic research ni, haram NT tak tau apa. Tanpa guru, siapalah kita.

Alhamdulillah, sekarang semua dah selesai. Namun, proses pembelajaran dan perkongsian takkan pernah selesai. NT akan kongsikan pengalaman menjalankan kajian serta hasil-hasil penyelidikan NT dalam bidang Pendidikan Komputer ni dari masa ke semasa, insyaAllah. Doakan agar semuanya dipermudahkan ya, terima kasih ☺️.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *