Sistem Automasi Dropship dan Pengurusan Vendor

Seperti yang dijanjikan, NT nak cerita tentang sistem yang baru dibangunkan untuk apa ya?

Pertama, mestilah untuk memenuhi minat diri sendiri. Kedua, ialah untuk melihat para peniaga dropship di Malaysia ni berubah daripada cara manual kepada yang lebih sistematik menggunakan sistem E-dagang yang ada fungsi automasi dropship.

Kalau kat obersea, memang dah banyak dah sistem macam ni. Orang putih kata automated dropship system. Kat amazon tu ramai aje peniaga dropship sebenarnya, mereka tak payah susah nak copy paste produk utk menjual. Automasi dropship ni sekali klik aje terus syncronised di marketplace. Kalau kat Malaysia, marketplace paling mudah nak berniaga untuk orang yang baru nak belajar2 berniaga mestilah Shopee. Sebab apa tawww? Sebab di Shopee anda boleh register percuma dan terus menjual. Shopee tak minta sijil SSM atau syarat-syarat lain yang ketat seperti mana marketplace yang lain. Kalau dulu, memang free sepenuhnya, tapi sekarang Shopee ambil 1% fee dari total sale. Ala, murah sangat tu, kalau ada sale baru Shopee caj.

So, berbalik kepada sistem yang NT baru aje bangunkan ni. NT bermula dengan menyenaraikan produk-produk dari pembekal luar negara. Sebab apa taww. Sebab pembekal luar negara dah biasa dah denga sistem2 macam ni. So, mudah nak deal. Bila NT launch aje sistem ni, takde iklan kat mana-mana pun, tapi banyak emel masuk dari pembekal-pembekal dari luar negara yang nak join listing produk mereka. So, NT terpaksa tapis satu demi satu dan hanya senaraikan yang paling ok aje. Ok tu NT kira dari segi harga tak mahal sangat, shipping tak lama sangat dan kualiti sesuai dengan harga.

NT buat juga range harga produk yang mampu milik hingga yang mahal. Sebab NT sendiri punya taste suka yang mahal, hehehhehe. Tapi, risau juga kalau ada dropship tak suka jual produk mahal2.

Oh ya, siapa yang boleh jadi dropship?? Eh, tentulah NT buka pada sape2 aje, janji ada mykad, hehe. Maksud NT, sistem ni dibuka pada mana-mana rakyat Malaysia lah. Sebab sistem automasi yang NT develop ni membolehkan produk-produk di synronised kan dengan Shopee Malaysia. Walaupun dah ada permintaan dari rakan-rakan indonesia, NT terpaksa hold dulu. InsyaAllah, NT akan luaskan lagi pembangunan sistem ni ke marketplace lain atau ke Shopee di negara-negara lain terutama negara jiran kita, indonesia bila berkelapangan nanti. Tak taulah bila. Sebab NT agak sibuk jugak di office UKM tu. Benda ni buat part time aje.

Nama sistem ialah HudJannah. Ha, jangan tanya kenapa nama nya macam tu. Semua tu ada story mory nya, akan NT coretkan nanti. Di bawah ni adalah muka depan sistem ni buat masa sekarang lah. Mungkin NT akan tukar-tukar design dari masa ke sama. Sistem dropship ni boleh dicapai di URL https://hudjannah.com/

Sistem Dropship HudJannah

Produk apa yang ada di HudJanah?

Setakat ni produk-produk yang disenaraikan meliputi, pakaian wanita dewasa seperti jubah, blouse, skirt labuh, seluar panjang, gaun kanak-kanak, baju costume kanak-kanak yang macam cinderella lah, frozenlah semua tu hehe.
Selain tu, ada beg tangan, aksesori dan macam-macam lagi NT nak letak.

Sistem dropship HudJannah ni paling mudah sebab u olls yg biasa buat dropship mesti tau kan camne susahnya nak jadi dropship ni sebenarnya walaupun orang kata peniaga dropship senang sebab tak payah pegang modal.

Tapi tau tak apa yang susahnya dropship cara tradisional.

  1. Kena download gambar produk dan upload semula satu-satu masuk marketplace.
  2. Kena copy dan paste semua keterangan produk.
  3. Kena sentiasa cek dengan pembekal stok produk ada atau tidak atau dah habis.
  4. Kena sentiasa cek dengan pembekal kalau-kalau harga produk dinaikkan.
  5. Kadang-kadang pembekal buat jualan murah gila sampai dropship tak boleh cari makan

Ha, tu baru 5 masalah. Banyak lagi sebenarnya. So, sistem automasi dropship HudJannah ni akan selesaikan 5 masalah yang disenaraikan di atas sebab semua maklumat-maklumat tu akan masuk ke marketplace hanya dengan satu klik aje oleh dropship. Kemudian, maklumat seperti harga dan bilangan stok pula akan syncronised dengan sistem HudJannah. Maksudnya kalau produk habis stok, dia akaun Shopee dropshipper pun akan habis. So, takde lah dropship ni risau aje stok produk ada ke tidak.

Bisnes dropship akan jadi lebih profesional. Betul tak?

So, apa lagi? Pendaftaran percuma ni. Jom ramai-ramai daftar sebagai dropship HudJannah. Buat duit cara mudah, select & sync aje.

Daftar di sini ya guys 🙂

Nak jadi pembekal?? kalau u olls ada produk dan nak jadi pembekal HudJannah pula, boleh je. Tapi ni NT story dalam post seterusnya nanti ya. Ok salam Jumaat semua.