Camne NT siapkan PhD dalam tempoh 3 tahun.

Pernah dengar ada sorang kawan ni bgtau. Dia kata kalau nak study nak kena tempat selesa. Kat rumah tak boleh sebab banyak gangguan &_$#-+(()&$@.

Nak study or siapkan tesis kena pegi library. Tapi, bila pegi library sehari suntuk pun tak dapat buat apa-apa. Dia tanya NT pulak buat camne?

NT kata, memang NT suka gi library. Tapi zaman muda mudi dulu la. Masa bujang trang tang tang. Zaman undergrad.

NT buat PhD masa umur dah nak masuk 40. Anak dah nak masuk 5. Paham-paham aje la kalau anak dah nak ‘masuk’ tu ya.

Tambah dengan penyakit ‘misteri’ lah sangat yang buat NT selalu check in dan check out hospital, hehe.

Part timer lak tu. Time keje jangan mengada nak bukak tesis. Keje hakiki pun tak menang tangan.

Sure lah balik rumah nanti, tentera-tentera yang ramai tu perlukan perhatian termasuk lah abah tenteranya sekali.

So, kalau nak tunggu selesa baru nak study memang tak boleh. Agaknya, camne NT siapkan tesis ya?

Jawapannya ialah:

Multi tasking dan multi skill.

Ya, dua-dua tu perlu. Bukan perlu je, tapi skill yang perlu diasah. Practice, practice, practice dan terus practise.

Contoh multi tasking.

✔️ Sambil masak sambil siapkan tesis

✔️ Sambil nyusukan anak, sambil siapkan tesis

✔️ Sambil layan anak-anak di playground, sambil siapkan tesis

Contoh multi skill.

✔️ Boleh membaca dengan laju dan fokus walau banyak gangguan.

Yg ni setting minda kena cukup kuat. Namun, masih lagi skill yang boleh dipelajari.

✔️ Menguasai perisian MS Word.

Perisian ni penting dari segala mak datuk perisian. Kecuali anda guna perisian lain untuk tulis tesis.

Kenapa kena kuasai? Menulis tesis ni tak pernah sempurna. Setiap masa kita kena baca dan semak sendiri. Lepas tu kita akan jumpa flow yang sepatutnya dan kena lah pindah-pindah content.

Kalau kita kuasai semua function dalam MS Word, takdelah susah nak susun balik numbering bagai. Cuma SELECT ALL, klik update. Automatically semua tersusun semula. Yang tak kuasai tu memang selalu menangis tepi bucu laptop.

✔️ Menguasai BYON

Yang ni ialah Bring Your Own Network.
Maksudnya NT akan pastikan yang NT ada mobile data sendiri supaya NT sentiasa boleh connect ke internet.

✔️ Menguasai BYOD.

Yang ni ialah Bring Your Own Device.
Balik kampung ke, gi holiday ke, still bole study or siapkan tesis. Tak perlu lah ber laptop sangat atau sentiasa pegang buku sangat. Progress tetap jalan.

 

Percaya tak?