Saiz sampel bagi eksperimen time series

Dalam konteks kajian yang menggunakan reka bentuk eksperimen Time Series atau Reversal Series, saiz sampel adalah bergantung kpd bagaimana pengukuran dilakukan untuk melihat perubahan sesuatu dependent variable yang disebabkan oleh mediator variable. Ramai penyelidik agak terkeliru tentang sampel yang digunakan dalam sesebuah kajian eksperimen yang sebenarnya bukan subjek semata-mata tetapi ia bergantung kepada bagaimana sesuatu data itu diperhatikan.

Sebagai contoh, eksperimen yang dilakukan oleh seorang doktor perubatan terhadap seorang pesakit yang mengalami demam dengan suhu 39 darjah celcius. Doktor tersebut ingin menguji kesan minum air kelapa terhadap suhu badan pesakit tersebut. Pesakit tersebut dikuarantin dalam wad dan tidak diberikan apa2 ubat melainkan air kelapa yang diberi minum kepadanya pada waktu-waktu tertentu.

  1. Tujuan kuarantin = untuk ‘mengawal proses eksperimen’.
    2. Intervensi = beri minum air kelapa.
    3. Mediator variable = kesan minum air kelapa.
    4. Dependant variable = suhu badan pesakit.

Hipotesis Nul = Tidak terdapat perbezaan suhu yang signifikan sebelum dan selepas pesakit demam diberi minum air kelapa.

Prosedur kajiannya ialah seperti berikut;
Suhu pesakit diambil setiap satu jam bermula daripada pukul 7 pagi hingga 6 petang. Bermakna, ada 12 pengukuran. Manakala air kelapa diberi minum kepada pesakit sebanyak 3 kali iaitu pada pukul 9.30 pagi, pukul 12.30 tengahari dan pukul 3.30 petang.

Maka,
Jumlah intervensi = 3 kali
Saiz sampel = Jumlah pengukuran = 12 (iaitu jumlah berapa kali suhu diambil)

Perlu difahami bahawa.. pesakit itu memanglah peserta kajian, tetapi saiz sampel dalam konteks kajian ini bukanlah pesakit sebaliknya adalah data-data pengukuran iaitu kekerapan pengambilan suhu.

Teknik analisis.
Pemerhatian perubahan tingkah laku atau perubahan suhu yang diambil pada setiap jam diplotkan (deskriptif). Perbezaan suhu pesakit diperhatikan mengikut set seperti berikut. (Kalau lebih dari seorang pesakit, boleh guna analisis anova utk lihat min skor). Terdapat 11 set yang diperhatian perbezaan suhu…

Set 1 = dari jam 7 pagi hingga 8 pagi
Set 2 = dari jam 8 pagi hingga 9 pagi
Set 3 = dari jam 9 pagi hingga 10 pagi – intervensi 1
Set 4 = dari jam 10 pagi hingga 11 pagi
Set 5 = dari jam 11 pagi hingga 12 tgh
Set 6 = dari jam 12 tgh hingga 1 ptg – intervensi 2
Set 7 = dari jam 1 ptg hingga 2 ptg
Set 8 = dari jam 2 ptg hingga 3 ptg
Set 9 = dari jam 3 ptg hingga 4 ptg – intervensi 3
Set 10 = dari jam 4 ptg hingga 5 ptg
Set 11 = dari jam 5 ptg hingga 6 ptg

..dan seandainya perbezaan (penurunan) suhu signifikan pada set 3, 6 dan 9, maka hipotesis nul berjaya ditolak dan dapatan kajian adalah beri minum air kelapa kepada pesakit demam boleh menurunkan suhu badan atau menyembuhkan demam tersebut.