Mengapa mereka bentuk pengajaran?

Matlamat utama mereka bentuk pengajaran adalah untuk menjadikan pembelajaran lebih berkesan, efektif dan mudah dilaksanakan. Kebiasaannya, pengajaran yg direka bentuk dengan baik akan menjimatkan masa dan kos. Selain itu, mereka bentuk pengajaran melibatkan pelbagai peringkat pelaksanaan dan hasil keseluruhan pelaksanaan seharusnya boleh digunakan untuk membina modul yang berupaya menyelesaikan masalah pengajaran semasa.

Justeru, dalam penyelidikan pembinaan modul, apa yg sebenarnya dilakukan adalah mereka bentuk pengajaran dengan pelbagai peringkat pelaksanaan seperti menganalisis keperluan pengajaran, mereka bentuk hasil pembelajaran, elemen-elemen pentaksiran dan kandungan pengajaran serta merancang strategi penyampaian bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan, efektif, mudah serta menjimatkan masa dan kos.

reka