Does Measure imply Category?

Ada 2 org kawan PM saya tanya apa maksud post saya yg dlm pic ni.. Kesian da lama dah tanya.. Katanya gerun baca post ni sampai tak terdaya nak mengelike.. Sy pulak da lama tak baca dan tak reply PM sbb tak berapa sihat.. Maaflah.. 2 bln ni hp saya ting tong sama dgn kepala saya..

Ok, hari ni sy jawab kat wall.. Sy tak ramai kawan di account fb yg ni sbb mmg intention fb ni create utk keamanan dan kedamaian.. Sape yg berminat bidang pengukuran silakan baca.. Hihi.. So, sy jawab utk kawan2 yg da lama PM tu je.. Tah dah merajuk kotĀ šŸ™Ā Nasiblah..

Utk yg ini…
M->C = Does Measure imply Category?
C->M = Does Category imply Measure?

Begini maksudnya..

Category adalah no yg kita guna utk skala pengukuran.. Sy bg contoh skala likert.. Yg biasa org guna 1-2-3-4-5 mewakili apa2 saje skala.. Yg paling famous ialah Sangat Tidak Setuju (STS) sampailah kpd Sangat Setuju (SS).

So, skala yg anda gunakan iaitu dari no 1 hingga 5 itulah yg dimaksudkan dgn Category. Measure pulak ialah pengukuran. Jadi, semasa kita menganalisis item-item instrument kita menggunakan Two Facet Rasch Model (TFRM), analisis Rasch boleh melakukan diagnose sama ada instrumen yg dibina memenuhi kesemua kategori tersebut atau adakah kesemua kategori yg digunakan telah membantu pengukuran dilakukan dgn tepat.

Ayat mudah dia camni, instrumen yg dibina tu bila ditadbir, adakah taburan data sama rata utk semua kategori.. Atau ramai sample pilih 3-4-5 aje.. Atau sample banyak pilih 1-2-3-4 aje… Jadi, berdasarkan analisis tersebut, kita boleh teruskan siasatan dgn cara cuba menganalisis dgn membuang atau menggabungkan kategori yg tidak popular utk lihat apakah impak kpd infit dan outfit dari mean square dan standardized values.

Selain itu, anda juga boleh meneruskan investigation dgn melihat ‘polariti item’ dan ‘polariti person’.. Daripada analisis ‘polariti item’ kita boleh teruskan lagi siasatan dgn kemungkinan2 bahawa item-item kita ada kelompongan dari segi taburan item iaitu item tidak memenuhi syarat pembaris (pengukuran). Atau kelompongan dari segi ‘polariti person’ iaitu sample2 yg mengambil bahagian tidak bertabur secara sama rata.. (mungkin ramai sample mmg setuju sgt, atau sebaliknya) menyebabkan data pengukuran tidak memenuhi semua kategori.. Prosesnya lama.. Kejap buang kategori, kejap masuk balik.. Kejap buang item, kejap masuk balik, kejap buang person, kejap masuk balik.. Dan proses ini juga akhirnya membawa kpd kesimpulan sama ada;

  1. Tadbir lagi instrument dgn targeting sample yg baru tanpa membuang mana2 item ATAU,
    2. Buang beberapa item, dan tadbir sekali lagi instrumen dgn targeting sample yg baru ATAU,
    3. Buang beberapa item tanpa perlu mentadbir instrumen sekali lagi..

Mungkin juga ada kesimpulan lain selain di atas.. Bergantung kerja2 CSI anda.. Huhu.. Macam polis kan.. Dan seperkara lagi, sebelum keputusan pembuangan mana2 item dilakukan, pembangun instrumen mestilah merujuk kpd pakar kandungan yg dilantik (dari awal) terlebih dahulu.. Pastikan ada lantikan yg formal.. Jgn main redah aje dptkan khidmat pakar kandungan ni, nanti tak dpt kerjasama menangis tak berlagu..

Agak panjang penerangannya sbb proses kesahan konstruk bagi pembinaan sebuah instrumen mmg proses yg lama dan complicated.. Saya yg bukan dari bidang pengukuran mengambil masa hampir 7 bulan utk siapkan analisis kesahan konstruk sahaja… Itu pun, pakar psikometrik kata cepatnya. Adeh.. Malu pulak.. Hehe..

Cukuplah utk kali ini..

 

fb