Bila nak guna one-tail dan two-tail

 

Ada peserta kursus yang bertanya secara PM bila masa kita nak guna one-tail dan bila masa pula nak guna two tail dalam menentukan saiz kesan semasa merujuk jadual cohen.

Ok, formulanya begini.

Apabila kita menjalankan kajian eksperimen dalam sains sosial, kita merancang intervensi yang menyebabkan berlakunya hubungan sebab dan akibat. Hal ini tak sama dengan kajian dalam bidang sains tulen yang mana mereka mengkaji hubungan sebab dan akibat dari faktor-faktor semula jadi.

Dalam erti kata yang lain, kita merancang intervensi yang kita yakin bahawa terdapat hubungan yang positif antara dua pemboleh ubah. Kalau hubungan tu negatif, apa maknanya intervensi kan. Sebab intervensi ni perlu dirancang sebaik mungkin bagai kita mencipta ubat yang paling power dalam mengubati penyakit. Cuma, eksperimen masih perlu dilakukan untuk membuktikan hubungan positif tersebut yang awal-awal telah kita ramalkan (intervensi). Dalam situasi ini, kita boleh memilih untuk menggunakan hipotesis one-tail semasa membaca jadual Cohen. Bahasa mudahnya ialah kita dah tahu dua-dua pemboleh ubah memang ada hubungan, jadi kita uji guna satu arah saja (one-tail).. sebab tujuannya adalah cuma nak buktikan secara saintifik hubungan yang kita dah tahu memang wujud.

So, bila pula nak guna hipotesis two-tail?

Hipotesis two-tail kita boleh gunakan bila kita nak menguji sesuatu hubungan antara 2 pemboleh ubah yang kita sendiri tak tau sama ada hubungannya positif atau negatif. Bahasa mudahnya begitni, analisis kita untuk mengetahui adakah wujudnya hubungan antara dua pemboleh ubah.. jika arahnya negatif maknanya tak wujud hubungan.. jika positif maka wujud hubungan… maka kena lah tengok dua2 arah (two-tail) sebab tak tahu.

Kalau tulis tesis dalam BM, tulislah hipotesis satu arah (one-tail) dan hipotesis 2 arah (two-tail).

14695596_309742872726232_9075083796469850340_n