Memilih dan merancang kajian Eksperimen-Kuasi.

Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan adalah;
1. Pilih topik kajian yang melibatkan isu atau parameter yang ingin dikaji.
2. Adakah isu tersebut adalah peristiwa yang memerlukan kajian secara longitudinal, keratan rentas atau melibatkan satu satu tempoh masa?
3. Adakah pengukuran yang akan dilakukan melibatkan ujian pra-pos, atau ujian pos sahaja?
4. Adakah kajian melibatkan perbandingan kumpulan atau perbandingan antara titik pengukuran pada satu tempoh masa?
5. Apakah jangkaan yang diharapkan (hipotesis)?
6. Adakah terdapat kekeliruan yang boleh menjejaskan kesahihan dalaman kajian?
7. Bagaimana menambah baik reka bentuk kajian untuk mengurangkan masalah kekeliruan terhadap kesahihan dalaman kajian?